Pagi tadi seawal jam 2.30pg, aku keluar menuju ke kedai makan kat Taman Molek...sebab apa?bukan sebab perut lapar, tapi nak carisuami yang belom pulang ke rumah...jam 1.26 pagi dia sms aku ckp da nk gerak, aku terlelap seketika, dan bila terjaga aku ke ruang tamu, dia tak ada...bila diintai ke luar rumah, kereta dia pun tak ada, maknanya dia belom balik...mana dia?aku makin risau sebab petang tu lepas kenduri dia pegi ambil tekanan darah dan tekanan darah dia agak tinggi...bila ckap nk gerak, tap tak sampai lagi, isteri mana tak risau...
Anak dalam kandungan aku ni macam tau2 je si emak tengah risau...dia turut sama aktif bergerak2 dalam perut aku...tu je peneman aku waktu ni...aku cuba hubungi dia, tp tak berjawab.makin cemas aku, terus telefon umah mak mertua dan bercakap dengan bapak bapak mertua...seperti biasa, family yang xde rasa bimbang dan risau tentang anak2...cakap nk tlg call...aku terus letak call, siap dan terus beranikan diri drive keta seawal jam 2.30 pagi...keadaan jalan yang sunyi, tp aku tak hirau kan sebab risau kn suami, dalam hati aku hanya bertawakkal kepada Allah sebab aku tahu, Dia ada bersama aku...puas aku pusing kat kedai Taman Molek dengan harapan aku akan berjumpa dengannya...tapi tak berhasil...kemudian, telefon aku berdering, bila aku jawab, dengar suara dia sikit pn tak ada rasa bersalah terdengar suara kawan2 dia kt belakang tengah bergelak ketawa...buat insurance apa macam tu? bila aku cakap aku kt taman molek, kot la dia nk rasa cemas atau risau, trs dia kata dia nk balik la ni...hati mana tak tersentuh?
Aku berpusing-pusing lagi kt taman molek tu dengan harapan aku akan berjumpa atau berselisih dengan dia, tapi hampa...alalu aku ambil keputusan untuk terus pulang ke rumah dengan harapan lagi sekali bahawa dia sudah sampai...bila aku tiba di hadapan gate rumah, aku hampa lagi sekali...aku masuk dlm dan terus pack brg nk balik penang...dalm jam 3.20 pagi baru dia sampai...bila aku tnya dia pergi mana, katanya jmpa kawan...aku ckp xkan buat insurance perlu tunggu smpai pg? aku ckp aku risau kn dia, terus dia marah aku...kecewanya hati aku...kenapa akuperlu risaukan dia sedangkan dia de tak fikir risau keadaan aku yg tengah sarat keluar rumah pagi2 buta semata-mata nk cari dia...sungguh bernilainya aku di mata dia....
Dia langsung tak nak dengar apa yang aku nak ckp, terus masuk tidur...aku kt ruang tamu, hanya bertemankan anak dalam kandungan yang seakan-akan faham dengan perasaan si emak...dia bergerak-gerak seperti mahu menghiburkan hati aku yang tengah sedih...sampai jam 5.30pagi aku xdapat tidur...kemudian terlelap sekejap, dan bangun untuk solat...dalam hati memang nekad nk balik penang pagi td lepas solat...tapi keta parking luar, brg nk angkat berat...kepala aku pun pening sebab tak cukup tidur...aku nk masukkan keta kt dalam xboleh sebab keta dia ada kt blkg keta aku...dia tak bangun lagi...aku pun tidur kejap, terjaga jam 10 lebih, mintak dia alihkan keta, tp dia enggan...aku xjadi nk blk penang hari ni...esok aku ada check up kt hospital penawar...rasanya aku xjadi pegi sebab nk mintak zin dia utk blk penang pag esok...tak tau lah macam mana nanti...
Hari ni sebutir nasi pn aku tak jamah...dia masak dan ajak aku mkn, tp aku enggan sebab xada selera, hanya biskut menjadi peneman...
Ya Allah, berdosakah aku?aku selalu terfikir, mmg betul dia kata tempat isteri di sisi suami, tapi tempat suami kt mana?dengan keadaan isteri yang tengah sarat, dia boleh keluar jmpa kawan sampai 3 pagi baru nk balik...adakah aku yang berdosa? salah kah aku sebagai isteri risaukan suami yang belom sampai rumah lg?