Setelah 7 tahun menunggu, akhirnya smpai juga tarikh ini...pada 5/2/11 aku telah bertunang dengan Shamsul Hisham...pada majlis tersebut, pihak lelaki membawa sebanyak 7 dulang hantaran iaitu sepasang persalinan, kasut, 4 buahbuku, buah, coklat, kek dan cupcakes beserta 2 bekas iringan iaitu 2 bentuk cincin (merisik dan meminang) berbalas 9 dulang hantaran dari pihak perempuan iaitu t-shirt, wallet & belt, buku, buah, kuih bahulu ikan, gubahan sumi, coklat, kek dan cupcakes beserta bahan iringan iaitu tepak sireh...
Rombongan pihak lelaki smapai lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari...setelah selesai perbincangan antara pihak perempuan dan pihak lelaki, majlis di teruskan dengan acara menyarungkan cincin...kemudian acara bergambar dan majlis makan tengah hari...majlis seterusnya diteruskan dengn acara bergambar dengan ahli keluarga aku dan sham...
terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada abang aku, kak yana, kak ada, bilah dan tok yang byk tolong dan susah payah tolong aku...aku sayang hampa semua...huhu