08/10/2011

8 Oktober 2011

Keadaan mlm yg dingin, di luar rumah kedengaran rintik-rintik hujan membasahi bumi...di sini, aku sendirian duduk melayari internet, mendengar alunan lagu yg keudara di corong speaker netbook...bosan...mmg bosan menjalani hidup sebegini, seorang diri tanpa teman, tanpa saudara di sisi...tunang aku?entah la ke mana dia pergi, langsung xberbalas sms yg aku kirimkan seawal jam 8.30 mlm td...mungkin dia tgh seronok berjmpa kwn-kwn di, hingga lupakn aku di sini...
Aku masih lesu terasa badan ni...demam yang da berkurangan suhunya menunjukkan petanda baik iaitu aku semakin sihat, namum batuk dan selsema yg di alami, masih teruk...bila batuk, smpai terasa sakit dlm perut dan sekitar dada...Maha Suci Allah saja yg Maha Tahu betapa sakitnya ms tu...minggu depan, ada lg 2 hari utk jg PMR...pas tu da bis kna p skolah cm biasa...buku budak, masih byk yg belum bertanda...hope, skt ni cpt-cpt sembuh...insyaAllah...

15/07/2011

tentang Isnin (18/2/11)

Hari Isnin ni aku ada appointment kt PPUM...rs nya kena jmpa pakar...xtau la cmna...risau mmg ada, tp xtau la...nk xnk aku kna p jugak..aku sedih sgt sbb dia lgsung xpujuk aku...yer, mmg sakit aku xde kaitan dengan dia...thanks sbb dia sedarkn aku ttg diri aku pd nya....

14/07/2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Pg tadi aku ke Dewan Jubli Perak di bangunan SUK, Shah Alam untuk terima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010...alhamdulillah aku berjaya dapat APC pada tahun ke 4 aku berkhidmat di SMK USJ 4 ni...walaupun ada la dengar banyak mulut yg xpuas hati aku dpt, kononnya xadil sbb junior cm aku ni xlayak lg dpt sbb kalo ikut turn, ramai g cikgu senior yg blom dpt...apa2 pn, aku abaikan je...APC ni bg aku bukan berdasarkan senioriti, tp ia berdasarkan kpd performace...prestasi meningkat setiap thn, tu la sbb aky dpt...kalo nk sedih sbb mulut org, mmg xleh tahan...jadikan jer org punya complain tu sbg satu cara utk aku tingkatkn mutu dan kualiti kerja aku...syukur alhamdulillah ya Allah...

12/07/2011

adakah salah mencintai seseorang???

"kalo rs suka tgk syg skt, xyh la berenti...trs je la...syg xnk la g spital smpai abg stop.ble x cmtu?"
"suka ati la..."
"asik2 suka ati je"
"ye la, apa kaitan skt syg dgn abg lak???"

sedihnye bila org yg kita syg sgt2 ckp cmtu...xsangka benda tu leh keluar dr mulut dia...rs diri ni sgt2 xde kaitan dgn dia.sedangkan kalo aku tau dia xsihat, ht aku risau sgt2...xpernah aku kluarkn kata2 cmtu.tp hr ni, 12/7/2011 dia sendiri ungkapkan ayat tu kt aku...masih terngiang2 kt telinga aku setiap butir bicara dia sebentar tadi...air mata telus laju mengalir kt pp aku ni tanpa henti2...

ini kah cinta yg aku cari selama 8thn?adakah org yg aku syg n cinta sblm ni adalah org yg salah???ini kah kebahagiaan yg aku cr slama ni???

sedihnya...
terima kasih sbb awk buat sy cmni...if 1 hari sy xde lg disini, awk akn rs kosong x? teringin saya nk tahu...

20/02/2011

05/02/11-Engagement day

Setelah 7 tahun menunggu, akhirnya smpai juga tarikh ini...pada 5/2/11 aku telah bertunang dengan Shamsul Hisham...pada majlis tersebut, pihak lelaki membawa sebanyak 7 dulang hantaran iaitu sepasang persalinan, kasut, 4 buahbuku, buah, coklat, kek dan cupcakes beserta 2 bekas iringan iaitu 2 bentuk cincin (merisik dan meminang) berbalas 9 dulang hantaran dari pihak perempuan iaitu t-shirt, wallet & belt, buku, buah, kuih bahulu ikan, gubahan sumi, coklat, kek dan cupcakes beserta bahan iringan iaitu tepak sireh...

Rombongan pihak lelaki smapai lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari...setelah selesai perbincangan antara pihak perempuan dan pihak lelaki, majlis di teruskan dengan acara menyarungkan cincin...kemudian acara bergambar dan majlis makan tengah hari...majlis seterusnya diteruskan dengn acara bergambar dengan ahli keluarga aku dan sham...


terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada abang aku, kak yana, kak ada, bilah dan tok yang byk tolong dan susah payah tolong aku...aku sayang hampa semua...huhu

01/01/2011

Assalamualaikum...

Saya Siti Asma telah dilahirkan pd 11 Ogos 1984 d Pmtg Binjai, Pulau Pinang...merupakan anak ke 4 dr 5 beradik...berikut merupakan rentetan perjalanan pendidikan saya :
  1. Sekolah Kebangsaan Permatang Binjai ( SKPB ) > 1991 - 1996
  2. Sek. Men. Keb. Telok Air Tawar ( SMKTAT ) > 1997 - 2001
  3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ( KMPP ) > 2002 - 2003
  4. Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) > Jun 2003 - Ogos 2007 (konvo)
Sekarang bekerja sebagai pendidik dalam mata pelajaran Matematik dan mengajar di SMK USJ 4, Subang Jaya, Selangor...ini merupakan tempat pertama posting saya...2007 hingga sekarang....